playlist abang...

Thursday, January 13, 2011

Sebaris kata....

Share


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali..


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


Untuk apa solat isya...
kalau tidak solat subuh..
untuk apa bercinta..
kalau tidak bersungguh-sungguh..


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.


Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para percinta PALSU..


Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Sesiapapon pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun yang pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu
objek yang boleh dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan yang ikhlas.

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu
sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim..

Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh akan selalu bersama cinta.


1 comment:

  1. Kalau suke tak semestinya bercinta...kalau bercinta tak semestinya ada jodoh...kalau ada jodoh takkan kemana jua...sabarlah menantinya...=)

    ReplyDelete